PENGAKUAN DOSA MUSIM PRAPASKA

Pengakuan Dosa masih dijalankan. ‘Holy Hour’ pada hari Rabu iaitu 22hb & 29hb Mac akan dibatalkan.

Sila rujuk papan notis Gereja untuk jadual di pelbagai gereja.

 

 GEREJATARIKHMASA
Church of Mater Dei, Lutong 21hb – 23hb  Mac 7.30 p.m.
Sts. Peter and Paul Chapel, Bakam  24hb  Mac 7.30 p.m.
St. Joseph’s Cathedral, Miri   27hb, 28hb & 30hb  Mac 7.30 p.m.

 

JADUAL MINGGU SUCI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sila ambil perhatian perkara berikut:

i.Tiada ‘Holy Hour’ pada hari Rabu, 5hb April 2023 di Katedral St. Joseph dan Gereja Mater Dei, Lutong.

ii.Tiada Novena di Katedral pada hari Sabtu, 8hb April, 2023

iii.Tiada Misa Pagi di Katedral St. Joseph, Carmelite Chapel dan Gereja Mater Dei, Lutong dari Khamis 6hb April hingga Sabtu 8hb April 2023.

MISA ARWAH GABUNGAN

Misa  Arwah Gabungan  untuk bulan  Mac adalah pada hari Jumaat, 31hb Mac 2023 jam 7.00 pagi di Katedral St.Joseph. Sila daftar di Pejabat Paroki atau WhatsApp  di 01110983221 sebelum Selasa, 28hb Mac 2023.

        

KURSUS DI PAROKI
KURSUS PERANCANG KELUARGA ( NFP) DALAM IBAN

Tarikh: 26hb Mac 2023

Masa: 2:00 ptg – 5:00 ptg

Tempat: St. Francis Center

Ceramah ini terbuka kepada guru NFP baharu, pasangan kursus pra perkahwinan dan mereka yang berminat untuk mendalami pengetahuan dalam NFP.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila WhatsApp ke  019 8658 199

 

KURSUS PRA PERKAHWINAN DALAM BAHASA INGGERIS

Tarikh: 1hb April, Sabtu dari 7.30 pagi – 6.30 ptg & 2hb April, Ahad dari 1.30 ptg – 5.30 ptg

Tempat: Gereja Mater Dei, Lutong.

Sila daftar di pejabat Paroki. Untuk maklumat lanjut, hubungi pejabat paroki (085-421455)

 

PERAYAAN HARI ST. JOSEPH – HARI PESTA KATEDRAL

Hari Raya St. Joseph dan Hari Perayaan Katedral adalah pada hari Isnin, 20hb Mac 2023. Misa Kudus akan diadakan pada jam 7.30 malam di Katedral. Paroki akan melancarkan Visi – Misinya serta logo semasa Misa. Akan ada jamuan ringan dan ramah tamah selepas Misa. Misa pagi setiap hari di Katedral dan Gereja Mater Dei, Lutong akan dibatalkan pada hari tersebut. Kami menjemput umat-umat untuk datang meraikan pesta ini.

 

24 JAM BERSAMA TUHAN

Tempat              : Carmelite Chapel, Jalan Brighton

Tarikh & Masa : Mulai Hari Jumaat, 24hb Mac jam 9.00 pagi dengan Misa Pembukaan.

Berakhir Hari Sabtu, 25hb Mac jam 9.00 pagi dengan Misa Penutupan.

Semua digalakkan untuk datang dan meluangkan masa bersama Tuhan dalam doa dan penyembahan. Sila rujuk papan notis Gereja untuk program 24 Jam.

 

MISA KRISMA

Misa Krisma adalah dimana Minyak Suci akan disucikan dan diberkati . Misa adalah  pada hari Rabu, 29hb Mac 2023 jam 7.30 malam di Katedral St. Joseph. Semua dijemput  untuk datang dan berdoa bagi Uskup dan para Paderi kita.

 

DANA UNTUK KUMPULAN BELIA KEUSKUPAN MIRI

Miri Diocese Youth Commission (M.i.D.Y.C) akan menjual baju-T pada harga RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak bagi mengumpul dana untuk Program Khas Belia di Miri pada 24hb – 27hb Mei 2023. Sila letak pesanan anda di kaunter selepas Misa atau melalui WhatsApp ke Raphel Suyong (016- 5785302), Anysia Chiara (014-8950890) atau Andrian (0195329290). Anda juga boleh memesan melalui Facebook dan Instagram Belia Keuskupan Miri. Tarikh terakhir untuk membuat pesanan anda adalah pada 2hb April 2023.