MINGGU SABDA ALLAH
Hari ini kita merayakan Hari Minggu Sabda Allah. Kami menggalakkan umat untuk mendekatkan diri kepada Tuhan melalui bacaan, renungan dan menghayati Firman Tuhan.
Sempena ini, umat boleh membeli Alkitab dan bahan bacaan lain dengan diskaun istimewa selepas Misa di gereja serta di kedai buku.
PERSATUAN BELIA KEUSKUPAN MIRI
Persatuan Belia Keuskupan Miri menganjurkan Misa dan jamuan makan malam pada 31 Januari 2023, iaitu Selasa pada pukul 7.30 malam di Gereja St. Anthony of Padua, Tudan.
Kami menggalakkan anak muda dan rakan-rakan mereka untuk menyertai dan membawa makanan untuk dikongsi bersama.
KURSUS DI PAROKI
(i) KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA
Tempat: St.Joseph’ Cathedral
Tarikh: 29 hb & 30 hb Januari 2023
Masa: 7:30 malam
(ii) KURSUS PERANCANG KELUARGA (NFP) DALAM BAHASA MALAYSIA
Tarikh: 4 hb Februari 2023
Masa: 8:30 pagi – 12:30 tgh hari
Tempat: St.Francis Chapel, Brighton Road
Sila daftar di Pejabat Paroki Katedral St. Joseph untuk semua kursus di atas. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi: 085-421455 atau Whatsapp 01110983221.
PESTA YESUS DIPERSEMBAHKAN DALAM BAIT ALLAH DAN PEMBERKATAN LILIN
Tarikh: 2 Februari 2023 (Khamis)
Para umat boleh membawa bersama lilin mereka untuk diberkati pada semua misa pagi pada hari itu.
DANA KUMPULAN WANG BANTUAN CARITAS MALAYSIA 2023
Caritas Malaysia melancarkan Dana Bantuan tahunan 2023 dari 05 Januari – 22 Februari bagi menyediakan bantuan bencana, latihan dan pembinaan kapasiti, dan membantu komuniti membina semula kehidupan selepas bencana di Malaysia dan sebagainya.
Caritas Miri merayu kepada semua dermawan untuk menyokong tabung bantuan ini.
Dana boleh dipindahkan ke:
Caritas Malaysia
Public Bank Berhad – No A/C: 3228409036
Cawangan Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia
(Kod Cawangan: 196) Kod Swift: PBBEMYKL
PEMBERKATAN RUMAH 2023
Pendaftaran kini dibuka untuk Pemberkatan Rumah yang akan bermula pada Februari 2023. Keutamaan diberikan kepada pemberkatan rumah untuk yang kali pertama.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran yang terdapat di pintu masuk Gereja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31hb Januari, 2023.
Misa Kudus Peperiksaan bagi Tingkatan 5 dan 6
Tarikh: 28/1/2023
Jam: 10 pagi
Tempat: St Joseph’s Cathedral
Para guru-guru, ibu bapa dan pelajar digalakkan menyertai Misa Peperiksaan ini.