MISA TAHUN BARU CINA

Misa Tahun Baru Cina di Katedral St. Joseph akan diadakan pada hari Ahad, 22 Januari jam 7.00 pagi dalam Bahasa Mandarin dan di Carmelite Chapel pada pukul 7 pagi dalam Bahasa Inggeris. Selebihnya adalah Misa Hari Minggu biasa ke 3  dan Hari Minggu Sabda Allah. Kami merayu umat-umat paroki untuk menderma limau mandarin. Sila hantar ke pejabat paroki pada hari Sabtu 21 Januari.

 

MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan Januari adalah pada hari Jumaat, 27 hb Januari,  2023 jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph. 

Sila daftar di Pejabat Paroki atau WhatsApp: 011-1098-3221 sebelum hari Selasa 24hb Januari, 2023.

 

DOA ACS UNTUK MINGGU PERPADUAN KRISTIAN

Tempat: Gereja Good Shepherd, Lutong

arikh: 29 Januari 2023  

Masa: 7.30 malam.  

Majlis sembahyang itu dianjurkan oleh Gereja-Gereja Bersekutu Sarawak Miri. Semua dijemput menyertai dan berdoa untuk perpaduan Kristian.

 

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA TAHUN BARU CINA

Persatuan Keluarga Cina menganjurkan majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina  pada 29hb Januari, Ahad, 6 petang, di dewan Serbaguna St. Joseph.

Sila mengajak keluarga dan rakan-rakan anda untuk menyertai, dan bawa makananan untuk dikongsi antara satu sama lain.

 

KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA

Tempat:   St. Joseph’s Cathedral

Tarikh: 29 hb & 30 hb Januari 2023

Masa: 7:30 malam

Sila mendaftar di Pejabat Paroki St.Joseph.

 

KURSUS PERKAHWINAN UNTUK PASANGAN MENGESAHKAN PERKAHWINAN MEREKA

Kursus di atas adalah untuk pasangan yang berkahwin di Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ) tetapi belum berkahwin dan mengesahkan perkahwinan mereka didalam gereja. Kursus ini adalah dalam Bahasa Malaysia. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi pejabat paroki di talian 085 421455.

 

 PENGAMBILAN KAUNSELOR BERLESEN SEPENUH MASA

Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang  Kaunselor berlesen sepenuh masa yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk menjalankan Pusat Kaunseling Paroki.  Jika anda berminat,  sila hantar resume anda dan gambar  berukuran pasport sebelum 20hb Januari, 2023 kepada: Setiausaha, Peti Surat 108, 98007, Miri.  Calon-calon yang tersenarai pendek sahaja dipanggil untuk temuduga. 

 

JAWATAN KOSONG KERANI AM

Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang kerani am perempuan yang berumur 20 -30 tahun dengan kelayakan minimum SPM yang fasih dalam penggunaan komputer dan berkomunikasi dalam  Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin dengan sedikit pengalaman bekerja.  Bagi yang berminat boleh menghantar resume anda dan gambar berukuran pasport ke pejabat Paroki Katedral St. Joseph sebelum 20hb Januari, 2023.

 

PENDAFTARAN UNTUK TADIKA KATOLIK MIRI 2023

Tadika-Tadika Katolik kita, Tadika St. Joseph, Tadika Sri Cahaya dan Tadika Santo Dominic kini dibuka untuk pendaftaran bagi tahun akademik 2023.  Kita mengalu-alukan semua kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017, 2018 dan 2019.  Sila hubungi pengetua untuk mendaftar atau untuk maklumat lanjut:

Tadika St. Joseph (Bandar Miri)         :  Saudari Winnie Swee di talian 085-438437, 019-884 1016

Tadika Sri Cahaya  (Senadin)             :  Saudari Helen Huang di talian 013-830 5848

Tadika St. Dominic  (Taman Tunku)  :  Saudari Agatha Tang di talian 016-883-3050

 

PEMBERKATAN RUMAH 2023

Pendaftaran kini dibuka untuk Pemberkatan Rumah yang akan bermula pada Februari 2023. Keutamaan diberikan kepada pemberkatan rumah untuk yang kali pertama.  Untuk maklumat lanjut,  sila  rujuk  borang pendaftaran yang terdapat di pintu  masuk Gereja.  Tarikh tutup pendaftaran adalah  pada 31hb Januari,  2023.

Link: https://forms.gle/btSk1fWzVciGrtPs8

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *