1.  PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI 2023

Paroki akan mengadakan Perhimpunan Pastoral Paroki yang pertama pada hari Sabtu, 14hb Januari, 2023 di Gereja Mater Dei, Lutong . 

Semua pemimpin awam,  ministri Gereja dan ministri doa adalah dikehendaki  menghantar satu wakil untuk menghadiri perhimpunan ini.

 

2.  MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan Januari adalah pada hari Jumaat, 27hb Januari,  2023 jam 7.00 pagi di Katedral St. Joseph. 

Sila daftar di Pejabat Paroki atau WhatsApp: 011-1098-3221 sebelum hari Selasa 24hb Januari, 2023.

 

3.  KURSUS PEMBAPTISAN BAYI DALAM BAHASA MALAYSIA

Tempat:   St. Joseph’s Cathedral

Tarikh: 29 hb &30 hb Januari 2023  

Masa: 7:30 malam

Sila daftar di Pejabat Paroki.

 

4.  PENDAFTARAN SEKOLAH MINGGU BAGI TAHUN 2023

Tarikh dan masa pendaftaran Sekolah Minggu 2023 bagi Sekolah Minggu masing-masing di Paroki Katedral St. Joseph kini boleh didapati di Notis Gereja dan Laman sesawang  Paroki / FB .  

Sila mendaftar anak-anak dan anak remaja  anda pada tarikh dan masa  yang ditetapkan.

 

5.  PENGAMBILAN KAUNSELOR BERLESEN SEPENUH MASA

Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang  Kaunselor berlesen sepenuh masa yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk menjalankan Pusat Kaunseling Paroki. 

Jika anda berminat,  sila hantar resume anda dan gambar  berukuran pasport sebelum 20hb Januari, 2023 kepada: Setiausaha, Peti Surat 108, 98007, Miri.  Calon-calon yang tersenarai pendek sahaja dipanggil untuk temuduga. 

 

6.  JAWATAN KOSONG KERANI AM

Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang kerani am perempuan yang berumur 20 -30 tahun dengan kelayakan minimum SPM yang fasih dalam penggunaan komputer dan berkomunikasi dalam  Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin dengan sedikit pengalaman bekerja.  Bagi yang berminat boleh menghantar resume anda dan gambar berukuran pasport ke pejabat Paroki Katedral St. Joseph sebelum 20hb Januari, 2023.

 

7.  PENDAFTARAN UNTUK TADIKA KATOLIK MIRI 2023

Tadika-Tadika Katolik kita, Tadika St. Joseph, Tadika Sri Cahaya dan Tadika Santo Dominic kini dibuka untuk pendaftaran bagi tahun akademik 2023. 

Kita mengalu-alukan semua kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017, 2018 dan 2019.  Sila hubungi pengetua untuk mendaftar atau untuk maklumat lanjut:

Tadika St. Joseph (Bandar Miri)         :  Saudari Winnie Swee di talian 085-438437, 019-884 1016

Tadika Sri Cahaya  (Senadin)            :  Saudari Helen Huang di talian 013-830 5848

Tadika St. Dominic  (Taman Tunku)  :  Saudari Agatha Tang di talian 016-883-3050

 

8.  PEMBERKATAN RUMAH 2023

Pendaftaran kini dibuka untuk Pemberkatan Rumah yang akan bermula pada Februari 2023. Keutamaan adalah diberikan kepada pemberkatan rumah untuk yang pertama kali. 

Untuk maklumat lanjut,  sila  rujuk  borang pendaftaran yang terdapat di pintu  masuk Gereja.  Tarikh tutup pendaftaran adalah  pada 31hb Januari,  2023.

Link:  https://forms.gle/btSk1fWzVciGrtPs8

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *