1. PENDAFTARAN SEKOLAH MINGGU BAGI TAHUN 2023
Tarikh dan masa pendaftaran Sekolah Minggu 2023 bagi Sekolah Minggu masing-masing di Paroki Katedral St. Joseph kini boleh didapati di Notis Gereja dan Laman sesawang Paroki / FB .
Sila mendaftar anak-anak dan anak remaja anda pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
2. PENGAMBILAN KAUNSELOR BERLESEN SEPENUH MASA
Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang Kaunselor berlesen sepenuh masa yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia untuk menjalankan Pusat Kaunseling Paroki.
Jika anda berminat, sila hantar resume anda dan gambar berukuran pasport sebelum 20hb Januari, 2023 kepada: Setiausaha, Peti Surat 108, 98007, Miri.
Calon-calon yang hanya tersenarai pendek sahaja dipanggil untuk temuduga.
3. JAWATAN KOSONG KERANI AM
Paroki sedang mencari untuk mengambil seorang kerani am perempuan yang berumur 20 -30 tahun dengan kelayakan minimum SPM yang fasih dalam penggunaan komputer dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin dengan sedikit pengalaman bekerja.
Bagi yang berminat boleh menghantar resume anda dan gambar berukuran pasport ke pejabat Paroki Katedral St. Joseph sebelum 20hb Januari, 2023.
4. PENDAFTARAN UNTUK TADIKA KATOLIK MIRI 2023
Tadika-Tadika Katolik kita, Tadika St. Joseph, Tadika Sri Cahaya dan Tadika Santo Dominic kini dibuka untuk pendaftaran bagi tahun akademik 2023.
Kita mengalu-alukan semua kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017, 2018 dan 2019.
Sila hubungi pengetua untuk mendaftar atau untuk maklumat lanjut:
Tadika St. Joseph (Bandar Miri) : Saudari Winnie Swee di talian 085-438437, 019-884 1016
Tadika Sri Cahaya (Senadin) : Saudari Helen Huang di talian 013-830 5848
Tadika St. Dominic (Taman Tunku) : Saudari Agatha Tang di talian 016-883-3050
5. PEMBERKATAN RUMAH 2023
Pendaftaran kini dibuka untuk Pemberkatan Rumah yang akan bermula pada Februari 2023. Keutamaan adalah diberikan kepada pemberkatan rumah untuk yang pertama kali. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk borang pendaftaran yang terdapat di pintu masuk Gereja. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31hb Januari, 2023.
Link: https://forms.gle/btSk1fWzVciGrtPs8
6. PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI 2023
Paroki akan mengadakan Perhimpunan Pastoral Paroki yang pertama pada hari Sabtu, 14hb Januari, 2023 di Gereja Mater Dei, Lutong . Semua pemimpin awam, ministri Gereja dan ministri doa adalah dikehendaki menghantar satu wakil untuk menghandiri perhimpunan ini.
Bagi pihak Uskup Richard dan para paderi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2023 yang aman dan damai sejahtera kepada semua umat.